Followers

Monday, 4 July 2011

Pindah Rumah Baru

Salam semua. Aku mengambil keputusan membuka blog baru disebabkan email Gmail aku yang di hack. Paswordnya begitu cepat ditukar. Blog Warna Nostalgia Asalku masih di kekalkan memandangkan ia terlalu banyak memori buatku. Ia kini tidak dapat di update memandangkan password yang lama telah di tukar. Password lamaku melibatkan Gmail. Youtube dan blog. Sahabatku Abu Hanifah cuba membantu untuk memulihkan kembali Gmail. namun harapannya amat tipis sekali. Akhirnya aku mengambil keputusan mewujudkan blog yang baru dan masih mengekalkan nama Warna Nostalgia. Sebab apa aku memilih nama yang sama. Terlalu banyak nostalgia yang mewarnai dalam hidupku. Itulah salah satunya sebab.

Aku mengharapkan rakan-rakan blogger yang lain dapat menziarahi rumah baruku. Aku tetap seperti dahulu. Ada ketikanya aku gembira, sedih, duka dan lucu dan blogku tidak terkecuali terkena tempiasnya. Padaku sekali aku sudah mula menulis, aku terus menulis dan muenulis sehinggalah ke penghujung usiaku. Aku mengharapkan Followerku akan Follow kembali tanda sokongan dan tolong linkkan blog aku seperti asalnya. kepada pembaca semua, selamat membaca kembali

7 comments:

  1. InsyaAllah kakcik akan terus singgah ke sini. :)

    ReplyDelete
  2. Alahai, kak cik dah mendahului IM untuk jadi follower terpantas. Apa pun tahniah WN. Tahniah kerana terus tabah menulis dan menjadi blogger walaupun berbagai cabaran di terima.

    Baru cabaran dalan alam maya. Belum di alam realiti lagi nih!

    ReplyDelete
  3. kakcik...terima kasih orang pertama ziarah

    ReplyDelete
  4. insan marhein....Terima kasih juga kepada IM kerana menjadi peserta yang kedua

    ReplyDelete
  5. tahniah dah pindah rumah baru .......... bila nak buat kenduri.......... dah jemput kita dtg la ziarah ....... insyallah

    ReplyDelete
  6. iBu..gUru...Terima kasih. Insyaallah lepas raya kita buat

    ReplyDelete
  7. mungkin pakcik boleh guna password panjang sikit..

    ReplyDelete